Pengenalan kepada Komputer
Nama : Wan Suhaibah bt Wan Hanadina Umur : 10 Tahun Ahli : 2017 |
Latar belakang
Adik Suhaibah adalah seorang pelajar sekolah rendah. Adik Suhaibah menghadiri kelas asas komputer untuk mempelajari cara menggunakan komputer dengan lebih berkesan dan berhemah. Suhaibah merupakan seorang yang cepat belajar.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum mengunjungi PI, tahap pengetahuan dalam ICT sangat lemah dan masih tidak mengetahui cara penggunaan komputer malah masih jauh untuk menggunakan tools dalam komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah berkunjung ke PI, Suhaibah sentiasa belajar dan tekun dalam mempelajari cara penggunaan komputer dan selok belok penggunaan.
Pakaian Kanak-kanak
Nama : Nur Farah Ainaa Umur : 26 Tahun Ahli : 2010 |
Latar belakang
Pn Ainaa merupakan seorang suri rumah dan telah menjalankan perniagaan pakaian atas talian hampir 1 tahun bagi membantu meringankan beban suaminya dalam mencari rezeki.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bersih bulanan beliau hanya sekitar RM400 – RM700 sahaja sebulan
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Dengan adanya Pusat Internet Malaysia, ianya sangat membantu dalam meningkatkan Promosi perniagaannya kini. Melalui bimbingan kelas serta asas keusahawanan yang dianjurkan, beliau dapat meningkatkan lagi kemahiran dalam berniaga secara ‘online’ dengan mempromosikan secara meluas perkhidmatannya kepada seluruh penduduk di dalam dan luar Pekan Jelawat. Pendapatan bersih bulanan beliau kini telah menigkat hampir 2 kali ganda dan mencecah sekitar RM9000 – RM1000.
Asas Komputer dan Internet
Nama : Muhammad Aiman Arkan Bin Abdullah Umur : 10 Tahun Ahli : 2019 |
Latar belakang
Aiman adalah seorang pelajar sekolah rendah. Aiman menghadiri kelas asas komputer untuk mempelajari cara menggunakan computer dengan lebih berkesan dan berhemah. Aiman merupakan seorang yang cepat belajar.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum mengunjungi PI, tahap pengetahuan dalam ICT sangat lemah dan masih tidak mengetahui cara penggunaan komputer malah masih jauh untuk menggunakan tools dalam komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah berkunjung ke PI, adik Aiman sentiasa belajar dan tekun dalam mempelajari cara penggunaan komputer dan selok belok penggunaan. Adik Aiman mulai tahu serba sedikit perkara asas dalam ICT seperti melayari internet, menaip, menyimpan rekod, membuat pengiraan, mencari maklumat, memuat turun gambar dan lagu, dan bermain permainan berkomputer
Makanan dan Minuman
Nama : Anis Eira Azmi Umur : 24 Tahun Ahli : 2015 |
Latar belakang
Pn Anis telah menjalankan perniagaan makanan secara atas talian hampir 2 tahun. Pn Anis juga mempunyai kedai sendiri serta membekalkan penghantaran dari rumah ke rumah kepada pelanggannya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bersih bulanan beliau hanya sekitar RM500 – RM900 sahaja sebulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Dengan adanya Pusat Internet Malaysia, ianya sangat membantu dalam meningkatkan Promosi perniagaanya kini. Melalui bimbingan kelas serta asas keusahawanan yang dianjurkan, beliau dapat meningkatkan lagi kemahiran dalam berniaga secara ‘online’ dengan mempromosikan secara meluas perkhidmatannya kepada seluruh penduduk di dalam dan luar Pekan Jelawat. Pendapatan bersih bulanan beliau kini telah meningkat hampir 2 kali ganda dan mencecah sekitar RM1000 – RM1200.
Pembekal Kosmetik dan Kecantikan
Nama : Nur Nabilah Huda Bt Zulkiflee Umur : 25 Tahun Ahli : 2010 |
Latar belakang
Pn Bella merupakan seorang usahawan kosmetik dan kecantikan secara atas talian dan luar talian kepada pelanggannya. Di samping itu, beliau juga merupakan pembekal kosmetik kepada agen-agen dibawah seliaan beliau. Pn Bella telah menjalankan perniagaan kosmetik dan kecantikan hampir 5 tahun.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bersih bulanan beliau hanya sekitar RM800 – RM1000 sahaja sebulan
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Dengan adanya Pusat Internet Malaysia, ianya sangat membantu dalam meningkatkan Promosi perniagaanya kini. Melalui bimbingan kelas serta asas keusahawanan yang dianjurkan, beliau dapat meningkatkan lagi kemahiran dalam berniaga secara ‘online’ dengan mempromosikan secara meluas perkhidmatannya kepada seluruh penduduk di dalam dan luar Pekan Jelawat. Pendapatan bersih bulanan beliau kini telah menigkat hampir 2 kali ganda dan mencecah sekitar RM1600 – RM2000.