Makanan dan Minuman
Nama : Anis Eira Azmi Umur : 24 Tahun Ahli : 2015 |
Latar belakang
Pn Anis telah menjalankan perniagaan makanan secara atas talian hampir 2 tahun. Pn Anis juga mempunyai kedai sendiri serta membekalkan penghantaran dari rumah ke rumah kepada pelanggannya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bersih bulanan beliau hanya sekitar RM500 – RM900 sahaja sebulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Dengan adanya Pusat Internet Malaysia, ianya sangat membantu dalam meningkatkan Promosi perniagaanya kini. Melalui bimbingan kelas serta asas keusahawanan yang dianjurkan, beliau dapat meningkatkan lagi kemahiran dalam berniaga secara ‘online’ dengan mempromosikan secara meluas perkhidmatannya kepada seluruh penduduk di dalam dan luar Pekan Jelawat. Pendapatan bersih bulanan beliau kini telah meningkat hampir 2 kali ganda dan mencecah sekitar RM1000 – RM1200.