Pembekal Kosmetik dan Kecantikan
Nama : Nur Nabilah Huda Bt Zulkiflee Umur : 25 Tahun Ahli : 2010 |
Latar belakang
Pn Bella merupakan seorang usahawan kosmetik dan kecantikan secara atas talian dan luar talian kepada pelanggannya. Di samping itu, beliau juga merupakan pembekal kosmetik kepada agen-agen dibawah seliaan beliau. Pn Bella telah menjalankan perniagaan kosmetik dan kecantikan hampir 5 tahun.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bersih bulanan beliau hanya sekitar RM800 – RM1000 sahaja sebulan
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Dengan adanya Pusat Internet Malaysia, ianya sangat membantu dalam meningkatkan Promosi perniagaanya kini. Melalui bimbingan kelas serta asas keusahawanan yang dianjurkan, beliau dapat meningkatkan lagi kemahiran dalam berniaga secara ‘online’ dengan mempromosikan secara meluas perkhidmatannya kepada seluruh penduduk di dalam dan luar Pekan Jelawat. Pendapatan bersih bulanan beliau kini telah menigkat hampir 2 kali ganda dan mencecah sekitar RM1600 – RM2000.