Nama : HJ IBRAHIM BIN MAMAT
Umur : 73 tahun
Ahli Sejak : 2011
Latar belakang
Hj. Ibrahim merupakan Imam di Masjid Naim, Pekan Jelawat. Beliau mula menjadi ahli sejak tahun 2011 lagi. Namun penguasaan beliau dalam ilmu ICT beliau boleh dikatakan sangat lemah dan tidak tahu apa-apa. Namun, setelah berkunjung ke PI1M, dan menyertai kelas Asas Komputer, pengetahuan Imam Hj. Ibrahim dalam ICT mulai meningkat sedikit demi sedikit.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Kerjaya Hj. Ibrahim sebagai seorang imam memerlukan beliau berkebolehan dalam menggunakan komputer. Pada awalnya beliau tidak mengenali apa itu komputer dan internet. Atas desakkan minat yang tinggi, beliau memberanikan diri mengunjungi Pusat Internet 1Malaysia Pekan Jelawat untuk menimba ilmu pengetahuan dalam ICT.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Setelah menghadiri kelas asas komputer, pengetahuan Hj. Ibrahim dalam ICT mulai bertambah dan berkembang. Kini, tahap penguasaan Hj. Ibrahim dalam penggunaan komputer adalah lebih baik, dan tidak kekok lagi. Malah, Hj. Ibrahim mula mengenali setiap peralatan komputer serta tahu bagaimana cara untuk melayari internet. Selain dapat memudahkan urusan seharian beliau, dengan adanya komputer dan internet serta beliau berpeluang untuk memajukan diri selari dengan arus perdana sebagai seorang yang celik IT.
Nama : Nur Aina Binti Ramli
Umur : 25 Tahun
Ahli Sejak : 2011
Latar belakang
Pn. Nur Aina merupakan usahawanita dalam bidang perawatan, penjagaan dan kecantikan rambut. Beliau menjalankan perniagaan hanya di rumah kerana beliau seorang surirumah tangga sepenuh masa. Mula menjadi usahawan sejak 5 tahun yang lalu.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Pendapatan bersih bulanan beliau hanya sekitar RM400 – RM700 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan bulanan adalah sekitar 5 – 8 orang.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Melalui bimbingan kelas serta asas keusahawanan yang dianjurkan oleh Pusat Internet 1Malaysia, kini beliau dapat meningkatkan lagi promosi dan mengembangkan lagi perkhidmatan beliau kepada penduduk luar kawasan. Selain daripada itu, beliau dapat mempertingkatkan lagi kemahirannya dalam perniagaan secara ‘online’. Beliau mengakui capaian internet adalah sangat penting dan sangat membantu dalam mempromosikan perkhidmatan beliau. Pendapatan bulanan beliau kini meningkat 2 kali ganda mencecah RM800 – RM1500.
Nama : En. Amir Adli Bin Awang
Umur : 28 Tahun
Ahli Sejak : Sept 2014
Latar belakang
En. Amir merupakan wakil kepada cawangan Syarikat Klezcar yang terletak di Pekan Jelawat. Klezcar Jelawat menyediakan perkhidmatan Kereta Sewa di sekitar Bachok kepada seluruh masyarakat di sini khususnya kepada golongan pelajar mahupun yang sudah bekerja. Klezcar Jelawat mula beroperasi sejak 1 tahun yang lalu. Disebabkan adanya permintaan yang tinggi terhadap perkhidmatan itu, En. Amir mula menawarkan diri menjadi wakil kepada syarikat berkenaan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Penggunaan atau kadar sewaan bulanan beliau hanya sekitar 10-15 sewaan sebulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Melalui kelas bimbingan dan asas keusahawanan yang dianjurkan oleh Pusat Internet 1Malaysia Pekan Jelawat, beliau kini dapat mengembangkan lagi perniagaannya secara meluas menerusi ‘online’. Dengan menggunakan kaedah pemasaran dan pengiklanan melalui facebook, Instagram, dan blog penggunaan dan kadar sewaan bulanan beliau telah meningkat bekali ganda (purata sewaan bulanan antara 20-35 sewaan sebulan). Pelanggan beliau kini telah berkembang ke seluruh negeri melalui promosi atas talian. Pendapatan bulanan beliau juga meningkat berbanding dengan sebelumnya (bergantung kepada permintaan).
Nama : Zulaida Binti Ideris
Umur : 38 Tahun
Ahli Sejak : 2014
Latar belakang
Pn. Zulaida merupakan usahawanita yang mengusahakan perusahaan pelbagai jenis kek dan roti. Keistimewaan hasil produk keluaran Pn. Zulaida adalah kerana harga kek yang murah dan sedap serta pelbagai jenis dan variasi mengikut kehendak pelanggan. Mula menjadi usahawan sejak 8 tahun yang lalu, dan produk dipasarkan di kawasan sekitar Jelawat dan Bachok.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Pendapatan bersih bulanan beliau hanya sekitar RM800 – RM1000 sahaja sebulan. Purata jumlah pelanggan tetap bulanan adalah sekitar 20 – 30 orang.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Dengan adanya Pusat Internet 1Malaysia ianya sangat membantu dalam sistem penjualan produknya kini. Melalui bimbingan kelas serta asas keusahawanan yang dianjurkan, beliau kini telah memiliki Facebook sendiri yang dapat mempromosikan dan meningkatkan lagi penjualan produk beliau. Pendapatan bulanan beliau kini meningkat 2 kali ganda mencecah sekitar RM1500 – RM2000.
Nama : Pn. Norhafizah Binti Dollah
Umur : 36 Tahun
Ahli Sejak : Mac 2011
Latar belakang
Pn. Norhafizah merupakan usahawanita yang mengusahakan perusahaan produk makanan seperti nasi kukus dan nasi campur. Mula menjadi usahawan sejak 10 tahun yang lalu, selepas beliau mengambil alih warung dari bapanya, bagi memenuhi permintaan penduduk kawasan sekitar.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Pendapatan bersih bulanan beliau hanya sekitar RM900 – RM1200 sahaja sebulan. Purata jumlah pelanggan tetap bulanan adalah sekitar 15 – 20 orang.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Dengan adanya Pusat Internet 1Malaysia ianya sangat membantu dalam sistem penjualan produknya kini. Melalui bimbingan kelas serta asas keusahawanan yang dianjurkan, beliau dapat meningkatkan lagi penjualan produk dan mengembangkan promosi dalam perniagaan secara ‘online’. Pendapatan bulanan beliau kini meningkat dan mencecah sekitar RM1500 – RM2000.