Asas Komputer dan Internet
Nama : Ummi Maisara Bt Muhd Umur : 9 Tahun Ahli : 2017 |
Latar belakang
Adik Ummi Maisara adalah seorang yang agak pemalu dan pendiam. Tahap penguasaan dalam ilmu ICT adik Ummi Maisara pula adalah sangat lemah dan masih lagi tidak tahu apa-apa. Namun, setelah berkunjung ke PI, dan menyertai kelas Asas Komputer, perwatakan adik Ummi Maisara mulai berubah dari seorang yang pendiam, kini adik Ummi Maisara lebih berkeyakinan. Pengetahuan Adik Ummi Maisara dalam ICT juga mulai meningkat.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum mengunjungi PI, tahap pengetahuan dalam ICT sangat lemah dan masih tidak tahu apa-apa.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah berkunjung ke PI, dengan menyertai kelas Asas Komputer, pengetahuan Adik Ummi Maisara dalam ICT mulai meningkat. Adik Ummi Maisara mulai tahu serba sedikit perkara asas dalam ICT seperti melayari internet, menaip, menyimpan rekod, membuat pengiraan, mencari maklumat, memuat turun gambar dan lagu, dan bermain permainan berkomputer. Dari seorang yang pendiam, kini adik Ummi Maisara lebih yakin pada diri sendiri dan lebih positif berbanding dengan sebelum ini.