Tarikh : 11/10/2018 Masa : 9.00 Pg-1.00 Ptg 2.00 Ptg-6.00 Ptg Tempat : PI Pekan Jelawat Peserta : 10 orang |
Tujuan
Program eUsahawan ini merupakan salah satu inisiatif oleh kerajaan untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital di kalangan golongan belia dan usahawan mikro. Menerusi Program eUsahawan ini juga, peserta berpeluang untuk menerokai ilmu perniagaan secara atas talian dan membantu mereka untuk mengembangkan perniagaan dengan menggunakan platform digital. Program eUsahawan merupakan salah satu inisiatif MDEC untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital di kalangan golongan belia dan usahawan mikro. Para peserta akan diberi pendedahan kepada teknik pemasaran digital yang efektif, praktikal dan relevan kepada pengguna semasa. Objektif jangka panjang program eUsahawan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang keusahawan digital, seterusnya membolehkan mereka untuk memanfaatkan kuasa platform digital untuk mengembangkan perniagaan mereka selaras dengan agenda ekonomi digital negara.
Aktiviti
Peserta diberi taklimat dan latihan yang berkaitan dengan Keusahawanan melalui Latihan Asas E-Usahawan dan fungsinya. Penjelasan secara teperinci, jelas dan tepat yang berkaitan dengan isu yang dibincangkan. Dalam Latihan Asas E-Usahawan, peserta akan dilatih dan diberi taklimat mengenai pemasaran dalam talian dan penggunaan platform sepertimana yang ditetapkan oleh pihak MDEC. Peserta telah didedahkan dengan cara memanfaatkan penggunaan platform digital dan asas medium media baru dalam mengembangkan perniagaan mereka selaras dengan agenda ekonomi digital negara.
Tarikh : 10 dan 24/10/2018 Masa : 9.00 Pg-12.00 Tgh 2.00 Ptg-5.00 Ptg Tempat : PI Pekan Jelawat Peserta : 31 orang |
Tujuan
Program ini bertujuan untuk memberi manfaat terutamanya kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah, dengan membuka peluang dan membolehkan mereka meraih peluang pendapatan menerusi kaedah digital. Melalui eRezeki, peserta akan dilatih, peroleh kelayakan dan dipadankan kepada tugasan yang bersesuaian. Dengan menyertai program ini, peserta akan dapat merebut peluang bekerja secara sambilan dan memperoleh pendapatan tambahan. Tugasan-tugasan diperolehi daripada pasaran antarabangsa atau syarikat tempatan.
Aktiviti
Peserta diberi taklimat dan latihan yang berkaitan dengan Keusahawanan melalui Latihan Asas E-Rezeki dan fungsinya. Penjelasan secara teperinci, jelas dan tepat yang berkaitan dengan isu yang dibincangkan. Dalam Latihan Asas E-Rezeki, peserta akan dilatih dan diberi taklimat mengenai erezeki dan platform sepertimana yang ditetapkan oleh MDEC. Peserta akan diterangkan dengan cara mendaftar erezeki dan bagaimana mencari kerja yang terdapat dalam erezeki. Peserta juga diwajibkan menjawab survey bagi melengkapkan pendaftaran akaun yang sah.
Tarikh : 15 dan 22/09/2018 Masa : 10.00 Pagi-1.00 Petang Tempat : PI Pekan Jelawat Peserta : 20 orang |
Tujuan
Memberi pendedahan kepada komuniti terutamanya pelajar sekolah rendah dan menengah dengan memperkenalkan asas teknologi seperti internet dan emel, dengan melatih mereka membiasakan diri dengan teknologi pada masa kini. Selain tu, ianya dapat melahirkan masyarakat celik IT serta merapatkan jurang sosio-ekonomi antara komuniti.
Aktiviti
Peserta telah didedahkan dengan asas teknologi maklumat dan komunikasi melalui penggunaan internet seperti Youtube dan Poertal Pendidikan, serta perkongsian Asas Media Baru (whatsapp, facebook dan instagram).
Tarikh : 7 dan 21/09/2018 Masa : 9.00 Pg-1.00 Ptg 2.30 Ptg-5.30 Ptg Tempat : PI Pekan Jelawat Peserta : 32 orang |
Tujuan
Program ini bertujuan untuk memberi manfaat terutamanya kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah, dengan membuka peluang dan membolehkan mereka meraih peluang pendapatan menerusi kaedah digital. Melalui eRezeki, peserta akan dilatih, peroleh kelayakan dan dipadankan kepada tugasan yang bersesuaian. Dengan menyertai program ini, peserta akan dapat merebut peluang bekerja secara sambilan dan memperoleh pendapatan tambahan. Tugasan-tugasan diperolehi daripada pasaran antarabangsa atau syarikat tempatan.
Aktiviti
Peserta diberi taklimat dan latihan yang berkaitan dengan Keusahawanan melalui Latihan Asas E-Rezeki dan fungsinya. Penjelasan secara teperinci, jelas dan tepat yang berkaitan dengan isu yang dibincangkan. Dalam Latihan Asas E-Rezeki, peserta akan dilatih dan diberi taklimat mengenai erezeki dan platform sepertimana yang ditetapkan oleh MDEC. Peserta akan diterangkan dengan cara mendaftar erezeki dan bagaimana mencari kerja yang terdapat dalam erezeki. Peserta juga diwajibkan menjawab survey bagi melengkapkan pendaftaran akaun yang sah.
Tarikh : 8,14,22 dan 28/09/2018 Masa : 9.00 Pagi-1.00 Petang Tempat : PI Pekan Jelawat Peserta : 40 orang |
Tujuan
- Melatih dan membiasakan pelajar dengan aplikasi Microsoft Office terutamanya Word dan Power Point, dalam meningkatkan tahap penguasaan terhadap pengendalian aplikasi perisian tersebut.
Aktiviti
Peserta dilatih dengan menggunakan aplikasi Microsoft Office Word dan Power Point secara berkesan tentang penggunaan dan manfaat aplikasi Microsoft Office dalam diri setiap peserta. Selain itu, sebagai medium utama dalam menghasilkan Folio kerja kursus sepertimana yang digariskan sebagai syarat utama dalam sesuatu subjek matapelajaran di sekolah bagi melayakkan seseorang pelajar mendapatkan sijil dalam peperiksaan utama seperti PT3 dan SPM.