Tarikh              : 14/04/2019

Masa               : 8.30 Pagi-4.00 Petang

Tempat            : PI Pekan Jelawat

Pengunjung     : 129 orang 

 

Tujuan

  • Mendekati masyarakat dan mempromosikan Pusat Internet kepada masyarakat, komuniti setempat, dan usahawan sekitar.

Aktiviti

Pengunjung dapat peluang untuk memeriksa kesihatan, daftar lesen kenderaan dengan pihak AmKist dan pelajar-pelajar sekolah dapat menyertai pertandingan yang diadakan seperti Kahoot Ict, menaip terpantas dan banyak lagi. Kanak-kanak tadika kemas diberi tunjuk ajar cara-cara menggosok gigi dengan betul serta memperkenalkan aplikasi dashboard dan manfaatnya kepada pengunjung yang hadir.

Gambar disini...

 

Tarikh              : 23/02/2019

Masa               : 9.00 Pagi-1.00 Petang

Tempat            : PI Pekan Jelawat

Peserta           : 10 orang 

 

Tujuan

  • Melatih dan membiasakan pelajar dengan aplikasi Microsoft Office terutamanya Word, dalam meningkatkan tahap penguasaan terhadap pengendalian aplikasi perisian tersebut.

Aktiviti

Peserta dilatih dengan menggunakan aplikasi Microsoft Office Word secara berkesan tentang penggunaan dan manfaat aplikasi Microsoft Office dalam diri setiap peserta. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan asas menaip dan juga penyusunan tatacara kerja kursus (Folio) mengikut skema peperiksaan. Penjelasan secara teperinci, jelas dan tepat yang berkaitan dengan isu yang dibincangkan.

Gambar disini...

 

Tarikh              : 22/02/2019

Masa               : 9.00 Pagi-1.00 Petang

Tempat            : PI Pekan Jelawat

Peserta           : 10 orang 

 

Tujuan

  • Melatih dan membiasakan pelajar dengan aplikasi Microsoft Office terutamanya Word, dalam meningkatkan tahap penguasaan terhadap pengendalian aplikasi perisian tersebut.

Aktiviti

Peserta dilatih dengan menggunakan aplikasi Microsoft Office Word secara berkesan tentang penggunaan dan manfaat aplikasi Microsoft Office dalam diri setiap peserta. Selain itu, sebagai medium persediaan utama dalam menghasilkan Folio kerja kursus sepertimana yang digariskan sebagai syarat utama dalam sesuatu subjek matapelajaran di sekolah bagi melayakkan seseorang pelajar mendapatkan sijil dalam peperiksaan utama seperti PT3 dan SPM.

Gambar disini...

 

Tarikh              : 9 dan 15/02/2019

Masa               : 9.00 Pagi-1.00 Petang

Tempat            : PI Pekan Jelawat

Peserta           : 20 orang 

 

Tujuan

  • Melatih dan membiasakan pelajar dengan aplikasi webcamera, melalui suntingan imej dan photomania

 

Aktiviti

  • Pendedahan asas kepada penggunaan teknologi menggunakan webcamera, suntingan imej dan photomania dalam menghasilkan foto yang lebih berkualiti dan cantik.

 

Gambar disini...

 

Tarikh              : 17 dan 23/01/2019

Masa               :10.00 Pagi-1.00 Petang 

                         2.00 Petang-6.00 Petang

Tempat            : PI Pekan Jelawat

Peserta           : 20 orang

 

Tujuan 

Membantu belia membuat permohonan pekerjaan secara atas talian menerusi talian SPA8i selain dapat mengalakkan golongan lepasan sekolah dan belia mencari peluang pekerjaan melalui atas talian.

Aktiviti 

Memberi bimbingan dan tunjuk ajar tentang cara-cara membuat permohonan secara atas talian menerusi sistem aplikasi yang disediakan oleh pihak kerajaan. Melalui permohonan ini peserta diberi taklimat ringkas dan hendaklah memenuhi kriteria syarat yang telah digariskan oleh pihak berkenaan agar permohonan tersebut di proses dan diberi pertimbangan yang sewajarnya dengan  kategori permohonan yang dibuat. 

Gambar disini...