Umum mengetahui negeri Kelantan adalah sebuah negeri yang kaya dengan adat resam, kesenian, budaya serta yang paling menonjol adalah dari segi keunikkan serta keistimewaan makanannya. Sebenarnya, pelbagai jenis masakkan dan makanan tradisi serta moden yang boleh didapati di negeri Kelantan amnya serta di pekan Jelawat khususnya. Pekan Jelawat merupakan salah satu destinasi pusat kepelbagaian pilihan makanan di Kelantan. Tidak salah sekiranya pengunjung memilih pekan Jelawat sebagai destinasi pencarian tempat makan untuk merasai keaslian dan keenakkan makanan Kelantan. Hal ini kerana pekan Jelawat merupakan tempat yang boleh memenuhi harapan serta menambat hati pengunjung dengan pelbagai masakan dan makanan tradisional serta moden yang unik dan mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Apa yang unik mengenai masakan di Kelantan adalah dari segi makanan itu sendiri seperti warna, bentuk dan juga rasanya yang boleh membuatkan seseorang itu jatuh hati dengan negeri Kelantan.
Kepelbagaian kuih-muih tradisional dan moden di pasar Jelawat
Kuih Cucur / Cucur Tepung Beras
Kuih Apam Sekaya
Kuih Apam / Kuih Ambun
Pisang, ubi, dan tapai Goreng dan Keropok Lekor
Kuih Akok dan Ondeh-ondeh
Kepelbagaian lauk-pauk masakan Kelantan
Kepelbagaian pencuci mulut / manisan / bubur manis moden dan tradisional
Bubur Kacang Hijau/Merah, Bubur Jagung, Bubur Butir Nangka, Bubur Sagu / Sangupal
Putu Mayam dan Kuih Serabai