Pendidikan Rendah dan Menengah Sekitar Pekan Jelawat
Maklumat tentang sekolah-sekolah dan institusi pendidikan di Daerah Bachok boleh diperolehi melalui laman sesawang Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bachok. Terdapat 33 buah sekolah rendah, 14 buah sekolah menengah, 6 buah sekolah menengah agama (Arab), dan 3 buah institusi pendidikan swasta dalam Daerah Bachok. Selain itu, terdapat 2 buah sekolah yang terhampir dengan Pi1M Jelawat iaitu Sekolah Kebangsaan Jelawat dan Sekolah Menengah Kebangsaan Jelawat dengan jarak kurang daripada 1 kilometer bagi setiap sekolah.
Info Sekolah Kebangsaan Jelawat
Alamat: Jalan Kedai Jelawat, 16370 Bachok, Kelantan, Malaysia.
Sesi Persekolahan: Pagi sahaja
Guru Besar: Tuan Haji Mat Ludin Bin Haji Hassan
Jumlah Pelajar: 1,070 pelajar
Jarak: 200 meter
Info Sekolah Menengah Kebangsaan Jelawat
Alamat: Jelawat, 16030 Bachok, Kelantan, Malaysia.
Sesi persekolahan: Pagi sahaja
Pengetua: Tuan Haji Mohamed Yusoff Bin Yaacob
Jumlah pelajar: 1,284 pelajar
Jarak: 400 meter