Pengenalan kepada Komputer
Nama : MOHAMAD HARIZ IZZAT BIN HARYADI Umur : 14 Tahun Ahli : 2023 |
Latar belakang
Adik Izzat adalah seorang warga pekan jelawat yang selalu berkunjung ke PEDi. Adik Izzat menghadiri kelas asas komputer untuk mempelajari cara menggunakan komputer dengan lebih berkesan dan berhemah serta Adik Izzat ingin mempersiapkan diri dalam menempuh dunia sekarang yang berteknologi tinggi. Beliau selalu menggunakan kemudahan yang ada di PEDi dalam meningkatkan ilmu pengetahuan beliau dengan melayari laman sesawang yang berkaitan. Adik Izzat merupakan seorang yang cepat belajar .
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum mengunjungi PEDi, tahap pengetahuan dalam ICT Adik Izzat adalah sederhana mahir dan dia ingin meningkatkan lagi pengetahuannya dalam ICT dan belajar menggunakan komputer dengan mahir dan berhemah.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Setelah berkunjung ke PEDi, Adik Izzat sentiasa belajar dan tekun dalam mempelajari cara penggunaan komputer dan selok belok penggunaan. Setelah menghadiri beberapa kelas asas komputer Adik Izzat mahir dalam penggunaan komputer tanpa tunjuk ajar dari pihak pengajar.