Produk Kesihatan
Nama : Norhasikin Bt Zakaria Umur : 32 Tahun Ahli : 2011 |
Latar belakang
Pn Hasikin telah menjalankan jualan produk kesihatan kepada komuniti setempat hampir satu tahun. Puan Hasikin menggunakan skill dan kebolehan yang ada padanya untuk menjalankan penjualan bagi menarik minat pembelinya. Jualan produk Pn Hasikin mendapat sambutan yang baik dari kalangan kawan-kawannya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bersih bulanan beliau hanya sekitar RM400 – RM600 sahaja sebulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Dengan adanya Pusat Internet Malaysia, ianya sangat membantu dalam meningkatkan Promosi perniagaannya kini. Melalui bimbingan kelas serta asas keusahawanan yang dianjurkan, beliau dapat meningkatkan lagi kemahiran dalam berniaga secara ‘online’ dengan mempromosikan secara meluas perkhidmatannya kepada seluruh penduduk di dalam dan luar Pekan Jelawat. Pendapatan bersih bulanan beliau kini telah menigkat hampir 2 kali ganda dan mencecah sekitar RM900 – RM1100.