Produk Kecantikan Online
Nama : Riffanna Aqilah Umur : 28 Tahun Ahli : 2017 |
Latar belakang
Cik Na telah menjalankan perniagaan kosmetik secara atas talian sejak 2 tahun lepas. Pada permulaan perniagaan Cik Na tidak berjalan dengan lancar tetapi Cik Na tidak berputus asa dan berusaha dengan mengikuti kelas bimbingan keusahawanan yang disediakan di PI Jelawat. Semakin hari bisnes beliau semakin membaik dan kini Cik Na mampu mencipta team nya sendiri untuk berjualan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bersih bulanan beliau hanya sekitar RM500 – RM900 sahaja sebulan
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Dengan adanya Pusat Internet Malaysia, ianya sangat membantu dalam meningkatkan Promosi perniagaannya kini. Melalui bimbingan kelas serta asas keusahawanan yang dianjurkan, beliau dapat meningkatkan lagi kemahiran dalam berniaga secara ‘online’ dengan mempromosikan secara meluas perkhidmatannya kepada seluruh penduduk di dalam dan luar Pekan Jelawat. Pendapatan bersih bulanan beliau kini telah menigkat hampir 2 kali ganda dan mencecah sekitar RM1000 – RM1200