Confinement Care and Massage Therapist
Nama : Zarina Bt Zakaria Umur : 33 Tahun Ahli : 2011 |
Latar belakang
Pn Zarina telah menjalankan servis penjagaan pantang dan urutan tradisional kepada penduduk setempat sejak beberapa tahun kebelakangan dari rumah ke rumah. kemudian beliau memasarkan servisnya secara atas talian kerana ingin memperkenalkan servis urutannya keseluruh negeri. Servisnya kini mendapat sambutan dari setiap pelusuk negeri. Servis Pn Zarina menerima sambutan dan maklum balas yang baik dari pelanggannya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bersih bulanan beliau hanya sekitar RM600 – RM1000 sahaja sebulan
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Dengan adanya Pusat Internet Malaysia, ianya sangat membantu dalam meningkatkan Promosi perniagaannya kini. Melalui bimbingan kelas serta asas keusahawanan yang dianjurkan, beliau dapat meningkatkan lagi kemahiran dalam berniaga secara ‘online’ dengan mempromosikan secara meluas perkhidmatannya kepada seluruh penduduk di dalam dan luar Pekan Jelawat. Pendapatan bersih bulanan beliau kini telah menigkat hampir 2 kali ganda dan mencecah sekitar RM1000 – RM1300