Alatan
Nama : Arif Aizuddin Bin Yaacob Umur : 38 Tahun Ahli : 2019 |
Latar belakang
En Arif telah menjalankan servis jualan alatan seperti keris, pisau dan lain-lain kepada penduduk setempat selama dua tahun kemudian beliau memasarkan produknya secara atas talian kerana ingin memperkenalkan produknya keseluruh negeri. Produknya kini mendapat sambutan dari setiap pelusuk negeri.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bersih bulanan beliau hanya sekitar RM600 – RM1000 sahaja sebulan
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Dengan adanya Pusat Internet Malaysia, ianya sangat membantu dalam meningkatkan Promosi perniagaannya kini. Melalui bimbingan kelas serta asas keusahawanan yang dianjurkan, beliau dapat meningkatkan lagi kemahiran dalam berniaga secara ‘online’ dengan mempromosikan secara meluas perkhidmatannya kepada seluruh penduduk di dalam dan luar Pekan Jelawat. Pendapatan bersih bulanan beliau kini telah menigkat hampir 2 kali ganda dan mencecah sekitar RM1000 – RM1300