Penapis Air
Nama : Noriza Bt Husin Umur : 38 Tahun Ahli : 2015 |
Latar belakang
Pn Noriza telah menjalankan servis jualan penapis air dan pakaian kepada penduduk setempat dan memberikan peluang kepada sesiapa yang ingin menjadi agen bawahnya. Puan Noriza membuka jualan secara atas talian melaui facebook mahupun whatsapp.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bersih bulanan beliau hanya sekitar RM400 – RM700 sahaja sebulan. Pn Noriza hanya menjalankan jualannya secara manual iaitu melalui lebaran flyer kepada penduduk sekeliling.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Dengan adanya Pusat Internet Malaysia, ianya sangat membantu dalam meningkatkan Promosi perniagaannya kini. Melalui bimbingan kelas serta asas keusahawanan yang dianjurkan, beliau dapat meningkatkan lagi kemahiran dalam berniaga secara ‘online’ dengan mempromosikan secara meluas perkhidmatannya kepada seluruh penduduk di dalam dan luar Pekan Jelawat. Pendapatan bersih bulanan beliau kini telah menigkat hampir 2 kali ganda dan mencecah sekitar RM700 – RM1000.