Asas Komputer dan Internet
Nama : Mustapa Bin Sulaiman Umur : 65 Tahun Ahli : 2018 |
Latar belakang
En. Mustapa merupakan salah seorang warga emas di Pekan Jelawat yang sangat berminat dengan IT. Beliau mula mendaftar menjadi ahli pada Mac tahun 2018. Penguasaan beliau dalam ilmu ICT boleh dikatakan sangat lemah dan tidak tahu apa-apa. Namun, setelah berkunjung ke Pusat Internet (PI), dan menyertai kelas Asas Komputer, pengetahuan En. Mustapa dalam ICT mulai meningkat sedikit demi sedikit.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pada awalnya beliau tidak mengenali apa itu komputer dan internet. Atas dorongan minat yang tinggi, beliau memberanikan diri mengunjungi Pusat Internet Pekan Jelawat untuk menimba ilmu pengetahuan dalam ICT.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah menghadiri kelas asas komputer, pengetahuan En. Mustapa dalam ICT mulai bertambah dan berkembang. Kini, tahap penguasaan En. Mustapa dalam penggunaan komputer adalah lebih baik, dan tidak kekok lagi. Malah, En. Mustapa mula mengenali setiap peralatan komputer serta tahu bagaimana cara untuk melayari internet. Selain dapat memenuhi hobi baru beliau, dengan adanya komputer dan internet.