Usahawan Baikpulih Telefon dan Pembekal Alat Telekomunikasi (Telefon)
Nama : Mohd Rafiq Ismail Umur : 36 Tahun Ahli : 2011 |
Latar belakang
En. Mohd Rafiq merupakan usahawan dalam bidang baikpulih telefon dan pembekal alat telekomunikasi (telefon) di sekitar Pekan Jelawat. Beliau menyediakan perkhidmatan (Baikpulih telefon bimbit, Jualan Kad Prabayar, Menjual & Membeli telefon bimbit second Hand dan Baru). Mula menjadi usahawan secara serius sejak 5 tahun yang lalu.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bersih bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM500 sahaja sebulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Dengan adanya Pusat Internet, ianya sangat membantu dalam system perkhidmatan dan penjualan produknya kini. Melalui bimbingan kelas serta asas keusahawanan yang dianjurkan, beliau dapat meningkatkan lagi perkhidmatan dan penjualan produk serta mengembangkan kemahiran dalam berniaga secara ‘online’. Pendapatan bersih bulanan beliau kini meningkat 2 kali ganda mencecah RM600 – RM1000.