Nama : FATIN AMIRA Umur : 25 Tahun Ahli : 2010 |
Latar belakang
Cik Fatin Amira merupakan usahawanita dalam bidang kecantikan yang mengusahakan penjualan barangan kosmetik dan kesihatan yang viral secara borong, dropship dan runcit. Beliau merupakan agen yang sah dan berdaftar. Mula menjadi usahawan sejak 3 tahun yang lalu.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Pendapatan bersih bulanan beliau hanya sekitar RM400 – RM600 sahaja sebulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Dengan adanya Pusat Internet ianya sangat membantu dalam sistem penjualan produknya kini. Melalui bimbingan kelas serta asas keusahawanan yang dianjurkan, beliau dapat meningkatkan lagi penjualan produk dan mengembangkan kemahiran dalam berniaga secara ‘online’. Pendapatan bersih bulanan beliau kini meningkat 2 kali ganda mencecah RM800 – RM1500.