Nama : Mohd Shahrul Alif Umur : 24 Tahun Ahli : 2010 |
Latar belakang
En. Shahrul merupakan usahawan yang mengusahakan perusahaan dalam perkhidmatan cuci kereta. Selain daripada itu, beliau juga menyediakan perkhidmatan cuci karpet / permaidani dan kusyen. Mula menjadi usahawan sejak 5 tahun yang lalu, dan memiliki premis sendiri di Pekan Jelawat, Bachok.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Pendapatan bersih bulanan beliau hanya sekitar RM800 – RM1000 sahaja sebulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Dengan adanya Pusat Internet ianya sangat membantu dalam meningkatkan perkhidmatannya kini. Melalui bimbingan kelas serta asas keusahawanan yang dianjurkan, beliau berjaya mempromosikan serta meluaskan perkhidmatannya kepada penduduk di luar Pekan Jelawat. Pendapatan bulanan beliau kini meningkat hampir 2 kali ganda dan mencecah sekitar RM1500 – RM3000 dan bergantung kepada keadaan.