INSPIRASI USAHAWAN SEKITAR JELAWAT
1. Meena Textile
NAMA PERNIAGAAN: Meena Textile
JENIS PERNIAGAAN: Tekstil
ALAMAT PERNIAGAAN: PT 11, Kedai Jelawat, 16070 Bachok Kelantan
LAMAN MAYA / TEL: 012-9097626
Meena Textile merupakan sebuah kedai runcit dan borong beralamat PT 11, Kedai Jelawat, 16070 Bachok Kelantan. Mengikut kata pemiliknya, Puan Aminaton Binti Yusuff yang berasal dari Pantai Melawi Bachok Meena Textile beroperasi pada 24 Disember 2007.
Dengan dua buah cawangan iaitu Meena Collection di Machang dan Bazar Tok Guru Kota Bharu produk yang dijual berbentuk material khas bagi wanita semua lapisan usia seperti kain-kain pasang, pelbagai jenis tudung dan pakaian siap seperti kurung moden dan jubah muslimah. Apa yang menarik adalah kain-kain di Meena hanya yang terpilih, berkualiti dengan harga berpatutan.
2. Wani Jaya Enterprise
NAMA PERNIAGAAN: Wani Jaya Enterprise
JENIS PERNIAGAAN: Peralatan Elektrik / Elektronik
ALAMAT PERNIAGAAN: PT 9, Depan Pasar Jelawat, 16070 Bachok Kelantan.
LAMAN MAYA / TEL: WANI JAYA Enterprise / 09-7789301
Wani Jaya yang beroperasi di Pekan Jelawat ini dimiliki oleh Tuan Ridhuan Foo Bin Abdullah. Premis yang menyediakan servis penjualan produk elektronik berjenama Panasonic ini mula beroperasi sejak 1986. Ridhuan Foo yang berasal dari Jelawat yang juga sebagai Pengarah Urusan di Wani Jaya Enterprise turut mempunyai sebuah cawangan lagi di Kubang Kerian, Kota Bharu.
Alamat: PT 9, Depan Pasar Jelawat, 16070 Bachok Kelantan.
Cawangan: PT 1715 & 1716, Hadapan HUSM Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu Kelantan.
Telefon ofis: 09-7789301
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Trivia | Satu-satunya premis Panasonic Bumiputera yang tertua di Malaysia yang dilantik oleh Syarikat Panasonic, Jepun.