Tarikh : 03-24/07/2019 Masa : 9.00 Pagi-5.00 Petang Tempat : PI Pekan Jelawat Peserta : 60 orang |
Tujuan
- Melatih dan mengajar cara penggunaan aplikasi Microsoft Office Word, PowerPoint kepada pelajar dan belia dalam meningkatkan tahap penguasaan terhadap pengendalian aplikasi perisian tersebut dan memudahkan dalam melakukan tugasan sekolah serta membantu belia dalam membuat resume yang baru bagi memudahkan aktiviti mereka. Mereka juga turut diajar tentang cara penggunaan asas komputer secara efektif.
Aktiviti
Peserta dilatih dengan menggunakan aplikasi Microsoft Office Word dan PowerPoint secara berkesan tentang penggunaan dan manfaat aplikasi Microsoft Office dalam diri setiap peserta. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan asas menaip dan juga cara membuat resume dengan lebih terperinci menggunakan word dan canva secara online. Memberi bimbingan dan tunjuk ajar tentang cara-cara membuat resume yang menarik dengan kaedah yang betul dan sistematik.